307315956 479375667534354 5402405327867817321 N

Anda sebagai seorang leader rasa tak perlu untuk pandai bercerita?
Haa tunggu dulu, mari kami kongsikan kenapa Storytelling atau bercerita ini penting sebagai seorang leader.

1. Manusia mampu disatukan dengan storytelling.
– Dalam agama atau dalam apa-apa kepercayaan, ada cerita daripada agama mereka yang mengumpulkan dan menyatukan mereka.
– Begitu juga dalam organisasi ataupun sebuah syarikat, ada cerita berkenaan founder, client atau staff yang membawa kepada penyatuan. Bahkan cerita berkenaan visi dan misi syarikat untuk memahamkan staff peranan mereka dalam organisasi itu.

2. Storytelling menghubungkan data dan pengalaman peribadi manusia.
– Data dan info masih memerlukan penafsiran untuk difahami dan boleh dilihat melalui pelbagai sudut. Manakala cerita mampu memberi makna kepada data.
– Contohnya, SOP pematuhan penjarakan sosial merupakan satu data yang mengandungi prosedur pencegahan dan rawatan. Tetapi apabila kita menyampaikan data ini dalam bentuk cerita tentang bagaimana jiran kita dijangkiti kerana tidak memakai topeng muka atau tidak menjaga penjarakan, orang ramai akan lebih mampu memahami dan mengaitkan mesej yang cuba disampaikan oleh data didalam bentuk cerita tersebut dengan diri mereka.

3. Semua orang mampu faham storytelling.

– Antara tujuan komunikasi adalah untuk menyampaikan mesej dan memastikan mesej yang disampaikan dapat difahami dengan betul. Storytelling yang baik mampu membuat semua orang faham tanpa mengira bangsa, agama, umur dan jantina.
– Sebagai ketua, anda boleh memanfaatkan storytelling ini untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Perselisihan dan salah faham dapat dielakkan apabila berlaku komunikasi yang jelas.

Jom belajar bercerita untuk menjadi Leader yang hebat!

“Let’s Make Ummah Great Again”

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest