306536052 479367400868514 6387881703003419235 N

Penggunaan testimoni, feedback dan review daripada pelanggan adalah salah satu cara yang dipakai luas oleh peniaga bagi memasarkan produk atau servis mereka untuk meningkatkan keyakinan pembeli kepada produk mereka.

Ini kerana keyakinan pembeli merupakan satu faktor yang sangat penting untuk membantu pelanggan membeli produk atau melanggan servis daripada seorang peniaga.

Tapi tahukah anda?
bahawa terdapat sebahagian kecil penjual yang mencipta feedback dan testimoni palsu untuk menarik pelanggan?

HAKIKATNYA,
Islam melarang menipu dan bersumpah secara palsu dalam jual beli untuk meningkatkan jualan.

فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا ‏فَنَالَتْ ‏ ‏أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ ؟ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ . قَال َأَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ ‏ ‏مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي. أي : من غش فليس على دينيى الكامل. رواه مسلم

Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW. Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).
(Riwayat Muslim)

‏Di dalam hadith lain juga Rasulullah SAW bersabda:

الْحَلِفُ مُنَفِّقَةٌ لِلسِّلْعَةِ مُمْحِقَةٌ لِلْبَرَكَةِ
Maksudnya: “Bersumpah itu memang melariskan barang dagangan, tetapi dia menghilangkan keberkatan.”
(Riwayat al-Bukhari 2087)

Dapat kita konklusikan daripada dua hadis diatas bahawa menipu dalam jual beli atau membuat sumpah palsu untuk menarik pelanggan adalah haram dan berdosa.

Manakala tidak menjadi kesalahan menggunakan testimoni pelanggan selagi mana ianya tiada unsur penipuan dan patuh pada syariat.

Rasulullah SAW juga merupakan peniaga yang berjaya dan sangat baik sebelum Baginda diangkat menjadi Rasul,
Baginda sangat disenangi oleh pelanggan dan dipercayai oleh peniaga yang lain.
Baginda mampu menjana keuntungan daripada jual belinya tanpa perlu menipu atau melakukan sumpah palsu.

Ayuh kita jadikan perniagaan ummah lebih maju dan patuh syariat untuk membina sistem ekonomi ummah yang hebat dan berkat!

“Let’s Make Ummah Great Again”

Facebook
Twitter
LinkedIn
Pinterest